Monday, May 19, 2014

Aquaria KLCC - Zoo Negara - Genting Highland Dis 2012

Asslamualaikum...

Vacation ni pun sebenarnya dah hampir dua tahun..Cuti sekolah hujung tahun Dis 2012...dah lama dah entry ni...bila tgk gallery baru teringat..Masa ni syahmi baru darjah 1...tak bambam lagi...





Ready go to KL

Syahmi masa ni cute..tak bambam lagi..hidung mandung agi..hehehe

Kat GM Klang..Syasya pun nak senapang






































Induction



Oraittt masa tempoh 2 Minggu Induction kena elak daripada makan semua dibawah:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Sumber:Kelabdiet.com


Diet Atkins: Apa yang BOLEH Dimakan

Apa Yang Kita Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.




Diet Atkins: Induction Process


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.
4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini.

Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Diet Atkins: Introduction

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak. Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.


Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.



Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Sumber:Kelabdiet.com

Vacation To JB-Legoland

Hari pekerja May 2014 baru-baru ini aku, incik syed dan beberapa org geng aku telah bercadang untuk ke Johor bharu dan Legoland..Memnag sebelum ini aku telah plan nak bawak anak-anak bercuti sebelum ke Guangzhou Jun nanti..So ini lah saat-saatnya...
Kami tinggl di Hotel KSL..Aku booking hotel ni memelaui Agoda..Kak Ti dan Za amik Apartment...Luas giler ko...Aku terkena kali ni..Bilik aku sempit.huuhu

Ni lah bilik kami..Sempit kan untuk kami 5 beranak..Tapi budak-budak ni enjoy...

Ni adalah water park Dynasaour di atas hotel KSL ni..Geng2 aku dah berlepas ke JPO...Sebek aku kat sini..Tak pernag lagi ke JPO..Dalam wasap group aku tak reti-reti berbunyi ..Gambar2 diorang thg memborong beg...huhuuu..Sabawww ira..mu shopping puas2 kat Gunagzhou nanti..Ni trip untuk bercuti-cuti je tau....

Incik syed tgh sibok layan buda-budak ni mandi..Tak kuasa aku nak mandi kat sini...

on de way ke kaunter tiket....Tak sabar dah diorang ni...Masa ni dah berpecah ngan diorang (Kak Ti  dan Za..Shidah dah masuk awal-awal lagi)

Selfie skali

Yes...dah sampai pun...Amik gambar depat Legoland mmg acara yg wajib..Masa ni mmg cuaca panas giler,....Tapi kami tak kisah dah....Jom msuk!

Masa ni tengah tunggu wayang 3D...kami nakcari tempat yang nyaman dan teduh skit..Ye lah..setelalah mengharungi beberapa games yg mmg mencabar fizikal jgk...dah lah cuaca panas terik hari tu...so incik syed ajak gi tgk wayang ...

Aku dah lupa citer apa ..tapi mmg best ar tengok wayang 3D ni..memang real..macam dekat je kartun kat depan mata....si syasya menangis pulak.dia takut tempat-tempat gelap tu..Dia tak pernah lagi masuk tgk wayang...huhu

Time main LEGO..Tempat ni budak-budak akan diberikan 4 bij tayar n kerangka body kereta..So pandai-pandai diorang lah untuk cipta kereta yang berteknologi tu

Last-last suruh incik syed jgk yg buat

Bertungkus lumus Syasya  mencipta keretanya

Faris dan incik syed try games ni..Pening aku tgk

Ni masa kami main jadi ahli-ahli bomba..Bagus games ni..ada teamwork ...tapi fuh mmg penat main games ni..
posing jap!

Syasya berusaha keras untuk dapatkan lisen memnadu..tapi rasenya failed...ayik terlanggar ke kerb jee..

Kami singah kat Restoran Singgah Sahur...Lupa nak upload gambar yg ramai-ramai tu..saat itu mmg tidak akan aku lupakan..memeng happening sangat,..Tq abang long sebab belanja kami makan malam tu..


Kami masuk kat water park kat pkl 4.30 jgk..Masa tu tak makan tengah hari lagi..Kononya nak lunch kat Water Park..Tgk-tgk harga makanan...Hah! Amik Ko..Nasi Lemak RM 25 sebungkus ..Terkejuk monkey aku..Ni macam harg akat USS je..Legoland ni nak lawan USS ke? Nak tak nak terpkaksa beli jugak..Kami dah kebulur...Satu hari kat Legoland..aku rasa ada 4 trip aku beli air...Dalam RM 80 jugak kos beli air ni...Tak termasuk beli nasi lemak 4 bungkus dan air 4 botol..Kos makan dan minum ada kat RM 180 ...fuh...mahal giler..nak wak camne..No choice..Lepas makan , diorang dah tak sabar-sabar nak terjun mandi...Okayy...Jom mandi...aku pun nak mandi jugak..panasang!1




                                                 Aku lupa dah nama games ni..Tak gayat....

Terharu sangat-sangat layana mak ayah shida kat kami..Masa ni baru balik dariLegoland..Mmg perut pun tgh lapar..Family Shida jamu kami makan macaroni sup, sate, meehun dan mcm2 lagi..Macam-macam citer lawak keluar malam tu..hahahaha..Sorry ye...story aku tak tersusun dah ni..Malas aku nak  susun pic ni..kalu korang ytak nak baca pun aku tak kisah..hehehehe

Add caption

hah..ni ada story skit..First time kami bawak anak-anak naik roller coaster ni..Aku ingatkan tak lah tinggi mana..tapi Alhamdulillah...bersyukur sgt-sgt sebab kami tak jadi naik roller coaster yg satu lagi tu..Kami hampir-hampir dah naik..Tapi ada masalah teknikal masa tu..So diorang suruh turun ..Kebetulankami jumpa satu lagi roller coaster ni...Tgk ramai jugak kanak-kanak yg nail..SO ingatkan takde apa-apa lah..Tapi ko...fuh....boleh jatuh jantung aku jgk naik roller coaster ni..aku bimbang syasya dan syahmi serta faris..tapi yg aku paling bimbang syahmi..sebab syahmi dudk dgn firdaus..Camne lah dia gaknya....sorang-sorang hadapiketakutan ini...Bila abis je aku terus terkam ke syahmi...Tgk muka dia dah pucat lesi.Syahmikata dada dia berdebar-debar..Mujur Syasya dan faris okay je..Tapi lawak pun ada jugak..at least ajar skit diorang tu lasak..jangan jadi penakut sangat...hihi

Ni lah roller coaster yg tinggi tu...ingat kan tak lahtinggi sangat..nasib baik tak jadi main...ada masalah teknikal pulak masa tu..Ada hikmah disebaliknya..Allah tak nak bagi kami main yg tu..Syahmi berdebar2 dah tu..

Add caption

BFF- Acik dan Ateh
Alamak...pic dah tak tersusun..malas pulak aku nak tukar semula...Masa ni baru sampai..perut dah berbunyi


Sedap nasi ayam penyet ni...mmg best