Tuesday, April 26, 2011

Starting Diet 17/04/2011

17 Apr 2011- Start diet dengan Pemangkin Produl Litchin

Berat : 84.5

Dengan hari pertama diet dan semangat yang berkobar-kobar ,Pkl 7.20 am aku minum satu sachet enzim . Sebenarnya satu sachet enzim ni dah mengeyang kan kita. so sedikit sebanya menolong aku dalam proses diet ini. Most important kena minum air yg banyak . Dalam 5 liter sehari. Dan breakfast aku makan mihun 3 suap je.Pas 2 air teh o secawan. Lunch pula aku makan bihun tomyam . Dinner aku makan yong tau fu.. tapi petang lepas balik kije tu aku main tenis buat kali pertamanya..mmg rase macam nak pitam.bayangkan aku main tanpa warming up dulu...balik umah aku tido awal.anak2 hubby uruskan.tapi sebelum tido aku minum pula satu sachet fiber litchin . Pkl 4 am perut aku memulas-mulas.kat sejam aku ddudk melabur dalam tandas.Wow mmg banyak giler toksin dalam badan aku. huhuuu

18 Apr 2011 - Pagi-pagi sampai opis aku gi timbang berat.Wow..terkezut beruk aku tgk jarum kat angka 83kg,Yahoooo!!

Seperti biasa aku ulang menu yg sama macam hari pertama dan paling penting aku main tenis juga petang tu. Malam tu juga aku minum fibre tu lagi dan perut aku meulas-mulas lagi.dan sekalilagi perut aku memulas -mulas..dan aku jadi tokei yg kaya lagi...


19 Apr 2011 - as usual sampai opis aku terus gi kat penimbaang tu..memamg gumbira hatiku bila melihat jarum sekali lagi ke angka 82 kg. Biar betul.takkan sekilo sehari.unbelievable.fuhh

Menu permakanan hampir sama cuma tgh hari tu aku amik nasik 4 suap. Ptg main tenis dalam 30 minit. malam aku makan mihun tomyam.telan fiber.Cuma kali ni perut tak sakit sgt seperti biasa-biasa dulu.Dah stabil.Keesokan pagi baru melabur dengan lancar..Fuh...legaaa....

20 Apr 2011 - sampai opis gikat penimbang.Sah ! Turun lagi.... 81kg.mmg dasyat..aku pun tak sangka.... breakfast mihun suap. air kosong......lunch ratah ikan panggang cicah air asam 2 ekor dan malampula makan tomyam.tapi petang tu aku main tenis juga.mmg berpeluh sakan ..sukannya bila berpeluh begitu.Sebah long time ago dah beriadah macam tu.


21 hb 2011- Akhirnya jarum penimbang mencecah ke angka 80kg....


Yippi....aku melompat sampai ke syiling... Menu permakanan berjalan seperti biasa..Akudah semakin biasa dengan menu diet ini.tapi hari ini aku tak main tenis


22 hb dan 23 hb apr 2011- Jumaat dan sabtu

Kedua-dua hari tu adalah hari minggu bagi aku di terengganu. So hari yang amat panjang dan menyeksakan..Sebabnya aku perlu menyediakan makanan kepada family aku. Aku buat seperti biasa lah.Tapi aku dab berazam kali ni aku dah nekad.Tak nak hangat-hangat tahi ayam lagi.

Pagi jumaat tu aku cuma makan 2 cucur udang je. Tgh pula aku cuma makan mihun tomyam ,tak makan nasik. Dan malam juga aku makan roti 2 kpg. penganmbilan produl litchin diteruskanseperti biasa. aku tak bersenam .huwaaaa\\

dan pagi sabtu..... anak aku yg sulung syahmi nak makan roti canai...so hubby aku pergi beli roti canai untuk breakfast. alamak...harap aku tak tergoda...tapi seba aku dah makan enzim tak lah rasa tergoda sgt..aku cuma amik skitttt je.buat rasa...nanti kan mengidam pula..hahahah...tapi yg penting aku tak ader makan banyak-banyak sperti dahulu kala.kalau duli 2 roti kosong tak cukup..pkl 11 am makan lagi...tu dulu lah..kali ni aku dapt mengawal nafsu nafsi makan aku ni...Bila dah makan litchin ni automatik ia mendisiplinkan permakanan aku.Ia lah..dah beli mahal-mahal tak nak kedarah lagi..baik takyah beli kan!hehehe

24 hb- hari ke 10 Diet

Amik litchin.. pagi lagi sampaike opis sebab dah 2 hari tak timbang..berdebar nak tgk result samada naik atau turun.harap turunlah kali ni..hampeh...jarum kat 81kg..waaaa takkan naik sekilo. aku makan macam biasa je.cuma kau tak main tenis je..huhuhu tak pe..tak pe.


25 hb apr- Ade meeting kat Kay tee. tapi timbang 81 kg jugak.statik. huhu. Pagi aku makan telur rebus 2 biji.Yg isi kuningnye aku tak makan. Tgh hari aku ratah ayam panggang seketul dan sayur kailan.. Ok ke? tu aku ikut Diet Atkins pula..tak makan banyak Carbs. Dugan masa meeting jamuan nasik...tapi aku dapat selamatkan diri ..hehheehe.... bagusnye aku tahan godaaan kali ni..kalu dulu mmg belasah dah...dan ptg tu tak jadi main tenis sebab partner aku ader hal..



26 apr 2011- Seperti biasa timbang pagi tu eh turun 1 kg.. 80 kg semula...alahai....bila nak turun macam mula2 tu.kena start main tenis pulan ni.Asyik ader hal je..tak aku kawan aku pulan.Ari ni dia ader hal pula ..cancel pula tenis ptg ni.Menu Diet seperti biasa. Aku bersyukur untuk menu diet kali aku boleh bertahan.

No comments:

Post a Comment